Perjanjian Baru Kirios

Kirios muncul kira-kira 700 kali dalam Perjanjian Baru, biasanya merujuk kepada Yesus.[15] Penggunaan kirios dalam Perjanjian Baru telah diperdebatkan oleh sarjana moden, dan tiga aliran pemikiran wujud mengenainya.

  • Aliran pertama percaya bahawa Septuaginta digunakan untuk menunjukkan bahawa Yesus mempunyai sifat yang sama seperti Tuhan dalam Perjanjian Lama. Alasannya ialah pada masa Septuaginta ditulis, Orang Yahudi akan menyebut Adonai (bermaksud "Tuhan" dalam bahasa Ibrani) apabila membaca nama Tuhan, "YHWH. Nama Tuhan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani sebagai "kyrios" dan "theos" bermula dari abad ke-3 TM.[16] Selain itu, orang Kristian awal, yang majoritinya penutur bahasa Yunani, pasti sangat tahu Septuaginta.
  • Aliran kedua mengatakan awal-awal dalam sejarah Gereja, pengaruh Yunani mengakibatkan perkataan itu digunakan.
  • Aliran ketiga mengatakan ia adalah terjemahan gelaran bahasa Aram, Mari, yang digunakan untuk Yesus.[17]

Dalam bahasa Aram sehari-hari, Mari ialah satu gelaran hormat. Dalam bahasa Yunani ini kadangkala diterjemahkan kepada kirios. Walaupun Mari menunjukkan hubungan antara Yesus dan pengikut-pengikutnya semasa hidupnya, orang Kristian akhirnya menganggap kirios Yunani sebagai ketuanan ke atas dunia.[18]

Injil Yohanes jarang menggunakan kirios untuk merujuk kepada Yesus semasa pelayanannya tetapi ia menggunakan selepas Kebangkitan Yesus, sedangkan bentuk kasus vokatif kyrie (bermaksud tuan) sering juga muncul.[19] Injil Markus tidak pernah menggunakan kirios untuk merujuk langsung kepada Yesus, tidak seperti Paulus yang menggunakannya sebanyak 163 kali.[20] Apabila Markus menggunakan kirios (cth, dalam 1:3, 11:9, 12:11, dll.) ia merujuk kepada YHWH/Tuhan. Namun, Markus menggunakan perkataan itu dalam ayat-ayat yang tidak jelas jika ia bercakap tentang Tuhan atau Yesus, contohnya, dalam 5:19 atau 11:3.[20]

Kirios ialah elemen utama dalam Kristologi Paulus. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa kirios, dan Ketuhanan Yesus, digunakan sbeelum Surat-surat Pauline, tetapi Paulus mengembangkan dan menghuraikannya lebih lanjut.[17] Berbanding gelaran lain, kirios menandakan hubungan Yesus dengan orang-orang yang percaya dia sebagai Kristus: Yesus ialah Tuhan dan Ketua mereka yang harus dilayani dengan sepenuh hati, dan yang suatu hari nanti akan menilai amalan hidup mereka.[21]

Gelaran kirios untuk Yesus sangat penting dalam Perjanjian Baru kerana ia membantu orang Kristian memahami siapa dan kepentingan Yesus. Orang Kristian awal melihat Yesus sebagai tokoh utama dalam agama mereka, dan mereka menggunakan gelaran ini untuk membantu mereka memahami aspek penting lain dalam iman mereka.[22]

Kirios juga penting dalam pembentukan Tritunggal serta Pneumatologi (kajian tentang Roh Kudus) Perjanjian Baru. 2 Korintus 3:17-18 berkata:

Tuhan ialah Roh; dan di mana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. 18 Kita semua melihat kemuliaan Tuhan tercermin dengan wajah yang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupa dengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh Roh Tuhan.[23]

Ungkapan "Tuhan ialah Roh" dalam ayat 17 ialah Ὁ δὲ Κύριος τὸ Πνεῦμάcode: grc is deprecated (Ho dé Kū́rios tó Pneûmá). Dalam ayat 18 ialah Κυρίου Πνεύματοςcode: grc is deprecated (Kūríou Pneúmatos).

Dalam sesetengah kes, apabila membaca Bible Ibrani, orang Yahudi akan menggantikan Adonai (Tuanku) dengan Tetragramaton, dan mereka mungkin juga menggantikannya dengan Kirios apabila membaca kepada jemaah Yunani. Origen menyebut tentang kedua-duanya dalam ulasan beliau tentang Mazmur (2.2). Ini dilakukan kerana tidak ingin terlalu banyak menggunakan nama Tuhan. Ini juga boleh dilihat pada ahli falsafah Yahudi, Philo.[24]

Rujukan

WikiPedia: Kirios https://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Pers... https://www.alkitabversiborneo.org/about-us/alkita... https://www.blueletterbible.org/lang/lexicon/lexic... https://www.blueletterbible.org/lang/lexicon/infle... http://www.ccel.org/ccel/schaff/encyc07/Page_21.ht... http://www.ccel.org/ccel/robertson_at/wp_romans.xi... https://doi.org/10.1017%2FS0009838800040465 https://doi.org/10.1017%2FS0009838800021091 https://books.google.com/books?id=K5ugZP7HQ6oC&pg=... http://www.areopage.net/howard.pdf